top of page

TERM AND CONDITION

  • Kesemua transaksi menggunakan Ringgit Malaysia (RM). Tiada Notis dikeluarkan jika berlaku sebarang perubahan harga.

  • Caj sewaan minima adalah 24 jam.

  • Penyewa tidak dibenarkan membawa penumpang melebihi ‘Passenger Capacity’ serta tidak dibenarkan membawa muatan atau bagasi yang berlebihan.

  • Penyewa tidak boleh menggunakan kenderaan sewaan untuk melakukan aktiviti yang menyalahi sebarang undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. TRANS REZQEY SERVICE tidak akan bertanggungjawab ke atas tuduhan atau dakwaan bersubahat terhadap aktiviti atau kegiatan penyewa.

  • Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kerosakan yang terjadi pada kereta sewa sepanjang tempoh penyewaan.

  • Penyewa juga perlu menanggung kesemua gantirugi yang diakibatkan oleh penyewa jika berlaku sebarang kemalangan semasa tempoh sewaan.

  • Hanya penyewa yang didaftarkan dengan TRANS REZQEY SERVICES sahaja yang dibenarkan memandu kenderaan yang disewa.

  • Penyewa tidak boleh menggunakan “orang ketiga” atau “Third Party” semasa mengambil dan semasa memulangkan kereta.

  • Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kesalahan lalulintas, kemalangan serta kehilangan kenderaan yang disewa sepanjang tempoh sewaan. Penyewa juga perlu bertanggungjawab melunaskan segala saman yang dikenakan sebelum atau semasa memulangkan kereta.

  • Pihak TRANS REZQEY SERVICES tidak akan bertanggungjawab dan tidak boleh didakwa diatas segala kemalangan yang mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada penyewa serta penumpang yang berlaku sepanjang tempoh penyewaan.

  • Cagaran atau “Security Deposit”perlu diberikan oleh penyewa dalam bentuk kenderaan, wang tunai atau sebarang bentuk barangan lain yang dipersetujui sahaja. Cagaran akan dipulangkan sepenuhnya jika kenderaan kembali dalam keadaan yang asal dan baik. Jika terdapat sebarang tuntutan berlaku, pihak TRANS REZQEY SERVICES berhak menggunakan cagaran untuk melunaskan tuntutan yang ditanggung oleh penyewa.

  • Jika berlaku perubahan masa serahan atau penyambungan masa sewaan, penyewa perlu memberitahu pihak TRANS REZQEY SERVICES sekurang-kurangnya 8 jam lebih awal sebelum masa serahan. Jika penyewa gagal berbuat demikian, penyewa akan dikenakan caj sebagai pemulangan lewat mengikut jam.

Copyright © 2017 TransRezqey Travel & Tours Sdn Bhd (1184581-X)

bottom of page